Posts

kau dan DIA bukanlah setaraf. Disebut bijak malah berjasa itulah gelaran yang DIA ada malah lebih dari itu. Kau hanya semut kecil yang perlu bekerja keras dan tawakal dan bukanlah menunggu bulan jatuh keriba dalam mengejar kemahuan hidupmu. DIA akan sentiasa mendengar namun tanpa adanya usaha bagaimana pula seorang bayi dapat menjalan secara tiba-tiba.
Aku fikir diri ini bukan kedudukan yang sepatutnya aku lihat. Dalam asupan tawa yang terlihat menawan diukir oleh setiap seniman dunia ini aku gelarkan mereka sejarawan yang bernilai. Sesungguhnya setiap detik yang bergelar masa itu penuh dengan kesangsian dan setiapnya diisi dengan penuh kasih, tawa, hiba mengikut kehendakNYA dalam mengatur ketentuan dunia. 
RASA Aku meneliti pandangan si dia. Tiada apa yang perlu diperkatakan. Gigih aku sendiri berusaha memujuk diri untuk bangun dari rasa itu. Katakan tidak padanya. Sungguh aku sudah lama terasa asing dalam diriku sendiri. Cuba dan terus cuba sedar akan kemahuan hidup ini. Gagah itulah aku menggagahi setiap detik yang berlalu. Ingin sahaja aku melontarkan kata ke seluruh pelosok dunia dan mungkin ada yang hanya ambil peduli dengan memberi kata-kata azimat. Namun bagaimana pula dengan diriku yang sebenarnya adakah kau merasainya. Jujur aku sering bicara di segenap ruang dan waktu. Sahabat, guru, keluarga, orang asing mahupun sesiapa yang bergelar manusia di dunia ini. Mungkin menjadi pendengar itu yang terbaik untukmu namun perlu kau perbetulkan rasa yang menyelubungi di setiap kotak minda yang berlegar di fikiranku barangkali mudah untuk kau mentafsir tapi tidak semudah yang kau bayangkan saat rasa itu berlalu pergi pasti suatu saat akan datang kembali. Bukan niat untuk terus bukukan di ...
RASIAN Mimpi petanda itulah maksud sebenar bagi rasian. Mimpi sewaktu Mirza  menjadi penyelamat dalam mencari wang saku Rizman dengan cara bangkit memasuki tubuhku. Mungkin ini bermaksud Mirza perlu beramah mesra bukannya hidup bersendirian dan mimpi-mimpi lainnya yang menunjukkan Mirza perlu mengubah hidupnya ke arah lebih baik.
Image
SAKA Suatu ketika dulu aku dikhabarkan tentang salah silah moyangku daripada nenek. Suaranya agak kecil ketika itu kerana sudah tak berdaya untuk melafazkan sesuatu perkataan namun dipaksakan jua agar aku ambil peduli tentangnya. Saka yang aku maksudkan telah diberi nama bangkit oleh moyangku dulu. Kelebihan saka ini mampu membela diri dari kecelakaan yang menimpa dengan cara memasuki badan dan mengawal badan kita sepenuhnya ketika dalam keadaan yang lemah dan daif. Bunyinya agak aneh tetapi itulah yang membuatkan moyangku berani mengambil saka ini dan memberikan gelaran bangkit.
Image
SAHABAT Siapakah yang bergelar sahabat? Aku hanya mengenali Rizman sebagai seorang teman dalam hidupku. Dukacitanya hidup ini hanya mengemis belas kasihan dan kasih sayang dari seorang teman dan bukannya sahabat. Tiada tempat mengadu melainkan kepada Allah, tiada juga tempat untuk berhibur. Kerianganku hanya dihabiskan dengan melihat persekitaranku. Mungkin ini takdir yang harus aku tempuhi. Sahabat hanya sebuah gelaran yang takkan aku perolehi. Ya mungkin Rizman tetapi dia hanyalah teman biasa yang ada bila perlu untukku. Sahabat yang aku maksudkan mungkin yang boleh berkongsi suka duka, bergelak tawa, bantu membantu tapi siapa? Yang hanya aku kenal seorang sahabat itu adalah diri sendiri.
Image
MIMPI yang tak berkesudahan. Mungkin aku dalam sebuah mimpi yang menyatakan aku mimpi. Mimpi dalam mimpi? Suatu alam maya yang indah untuk dilewati. Meskipun penuh dongeng namun bunga tidur itu boleh datang dari Sang Pencipta kita. Ya, bukan sekadar mimpi. Boleh jadi mimpi itu suatu yang mengerikan atau mengindahkan.