RASA Aku meneliti pandangan si dia. Tiada apa yang perlu diperkatakan. Gigih aku sendiri berusaha memujuk diri untuk bangun dari rasa itu. Katakan tidak padanya. Sungguh aku sudah lama terasa asing dalam diriku sendiri. Cuba dan terus cuba sedar akan kemahuan hidup ini. Gagah itulah aku menggagahi setiap detik yang berlalu. Ingin sahaja aku melontarkan kata ke seluruh pelosok dunia dan mungkin ada yang hanya ambil peduli dengan memberi kata-kata azimat. Namun bagaimana pula dengan diriku yang sebenarnya adakah kau merasainya. Jujur aku sering bicara di segenap ruang dan waktu. Sahabat, guru, keluarga, orang asing mahupun sesiapa yang bergelar manusia di dunia ini. Mungkin menjadi pendengar itu yang terbaik untukmu namun perlu kau perbetulkan rasa yang menyelubungi di setiap kotak minda yang berlegar di fikiranku barangkali mudah untuk kau mentafsir tapi tidak semudah yang kau bayangkan saat rasa itu berlalu pergi pasti suatu saat akan datang kembali. Bukan niat untuk terus bukukan di ...
Posts
Showing posts from 2019
- Get link
- X
- Other Apps
RASIAN Mimpi petanda itulah maksud sebenar bagi rasian. Mimpi sewaktu Mirza menjadi penyelamat dalam mencari wang saku Rizman dengan cara bangkit memasuki tubuhku. Mungkin ini bermaksud Mirza perlu beramah mesra bukannya hidup bersendirian dan mimpi-mimpi lainnya yang menunjukkan Mirza perlu mengubah hidupnya ke arah lebih baik.
- Get link
- X
- Other Apps
SAKA Suatu ketika dulu aku dikhabarkan tentang salah silah moyangku daripada nenek. Suaranya agak kecil ketika itu kerana sudah tak berdaya untuk melafazkan sesuatu perkataan namun dipaksakan jua agar aku ambil peduli tentangnya. Saka yang aku maksudkan telah diberi nama bangkit oleh moyangku dulu. Kelebihan saka ini mampu membela diri dari kecelakaan yang menimpa dengan cara memasuki badan dan mengawal badan kita sepenuhnya ketika dalam keadaan yang lemah dan daif. Bunyinya agak aneh tetapi itulah yang membuatkan moyangku berani mengambil saka ini dan memberikan gelaran bangkit.
- Get link
- X
- Other Apps
SAHABAT Siapakah yang bergelar sahabat? Aku hanya mengenali Rizman sebagai seorang teman dalam hidupku. Dukacitanya hidup ini hanya mengemis belas kasihan dan kasih sayang dari seorang teman dan bukannya sahabat. Tiada tempat mengadu melainkan kepada Allah, tiada juga tempat untuk berhibur. Kerianganku hanya dihabiskan dengan melihat persekitaranku. Mungkin ini takdir yang harus aku tempuhi. Sahabat hanya sebuah gelaran yang takkan aku perolehi. Ya mungkin Rizman tetapi dia hanyalah teman biasa yang ada bila perlu untukku. Sahabat yang aku maksudkan mungkin yang boleh berkongsi suka duka, bergelak tawa, bantu membantu tapi siapa? Yang hanya aku kenal seorang sahabat itu adalah diri sendiri.
- Get link
- X
- Other Apps
MIMPI yang tak berkesudahan. Mungkin aku dalam sebuah mimpi yang menyatakan aku mimpi. Mimpi dalam mimpi? Suatu alam maya yang indah untuk dilewati. Meskipun penuh dongeng namun bunga tidur itu boleh datang dari Sang Pencipta kita. Ya, bukan sekadar mimpi. Boleh jadi mimpi itu suatu yang mengerikan atau mengindahkan.
- Get link
- X
- Other Apps
TERBANGUN dari tidur yang menakutkan membuatkan aku terfikir akan kejadian itu. Kemungkian mimpi itu adalah rasian (mimpi petanda) yang menyeru aku untuk bangkit dari kekalahan mental yang tak tertanggung. Mungkin juga aku perlu menonjol dalam segala hal, beranikan diri untuk bersuara. Barangkali ini sebuah mimpi petanda yang harus aku ambil peduli soalnya.
- Get link
- X
- Other Apps
MAHKLUK Kau hadir tanpa diundang, memberi rasa yang merontakan jiwa ini. Wahai makhluk yang dilaknat jauhkanlah dirimu dariku. Bukan niat aku untuk menjadi sombong namun perintah yang maha ESA perlu aku patuhi. Asal usulmu bukan urusanku untuk dipedulikan. Meski tanpa bantuanmu aku boleh menguruskan diri walaupun dalam sukar. Pergilah, bukan soal siapa perlu dijaga tetapi rasa yang menikam di jiwa ini sudah cukup membuat aku merana. Jika ditanya kenapa aku simpan makhluk yang menakutkan dan laknat dari Allah sedangkan pertolonganNYA sentiasa ada. Tinggal doa dan suruhanNYA sahaja perlu diikuti.
- Get link
- X
- Other Apps
BULI Aku pendam begitu lama akan rasa ini. Aku kuburkan saat aku dalam dilema itu. Ya mungkin aku disenangi ramai namun cuitan dari sang pembuli itu amat terkesan dalam diriku. Inilah hidup aku dalam manisnya senyuman terselit seribu duka yang hanya mampu disimpan jauh dalam lubuk hati. Tertawa dan ditertawakan itu sudah menjadi santapan jiwa setiap hari. Ingin sahaja hati meluahkan namun tak terluah dek kerana tidak mahu keadaan jadi huru hara.
- Get link
- X
- Other Apps
SEGAR Ingin saja aku lelapkan mata, bekukan minda dan berpaling arah seketika. Namun disebabkan nenek moyangku terpaksa aku tanggung semuanya. Masih segar lagi ingatan aku tentang peristiwa bangkit dalam tubuhku. Aku dipulau dan tak keruan hidup ini. Namun semuanya sudah jelas aku yang memilih jalan ini tetap jua aku perlu tempuhinya walaupun onak duri datang bertalu-talu menghentam diriku.
- Get link
- X
- Other Apps
SESUATU yang janggal untuk diberitahu kerana takut akan kebuntuan hidup ini. Desakan darinya telah lama menghantui. Kadang-kadang aku dalam dilema yang tak mampu berbuat apa-apa dan aku biarkan perkara ini terus bermain di benakku seakan-akan telah bersefahaman dengan diriku. Meskipun aku sudah perah sehabis mungkin akan mindaku namun tetap juga aku gagal menilai baik dan buruk. Walau bagaimanapun, aku terlihat gah dalam dunia nyata, lengkap semuanya. Walhal ada perkara yang tak mampu diungkapkan dengan kata walaupun sudah berulang kali berkata.
- Get link
- X
- Other Apps
ULASAN MAKALAH Penulisan kali ini berbentuk ulasan dari makalah yang bertajuk The 22 best writing tips ever https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever . Sebuah penulisan dari seorang penulis yang bernama Melissa Donovan yang diterbitkan pada 30 march 2007. Makalah ini mencanangkan tentang cara-cara memulakan atau lebih dekat lagi dengan tips bagaimana hendak menjadi penulis yang baik. Menulis itu mudah tapi tidak semua boleh menulis dengan baik disebabkan itu muncullah makalah ini untuk menjadi garis panduan agar pembaca dapat menjadi penulis yang baik. Di dalam makalah ini terdiri daripada 22 tips yang boleh dipraktikkan oleh pemula yang ingin menjadi penulis yang hebat. Antara yang menarik perhatian saya adalah tips nombor satu iaitu do it. write. seperti kita sedia maklum zaman ini ramai yang hanya mampu mengungkapkan kata tapi tiada tindakan walaupun tips nombor satu ini kelihatan ringkas namun jika kita amati tidak akan menjadi penulis ...