Posts

Showing posts from November, 2019
Image
BULI Aku pendam begitu lama akan rasa ini. Aku kuburkan saat aku dalam dilema itu. Ya mungkin aku disenangi ramai namun cuitan dari sang pembuli itu amat terkesan dalam diriku. Inilah hidup aku dalam manisnya senyuman terselit seribu duka yang hanya mampu disimpan jauh dalam lubuk hati. Tertawa dan ditertawakan itu sudah menjadi santapan jiwa setiap hari. Ingin sahaja hati meluahkan namun tak terluah dek kerana tidak mahu keadaan jadi huru hara.
Image
  SEGAR Ingin saja aku lelapkan mata, bekukan minda dan berpaling arah seketika. Namun disebabkan nenek moyangku terpaksa aku tanggung semuanya. Masih segar lagi ingatan aku tentang peristiwa bangkit dalam tubuhku. Aku dipulau dan tak keruan hidup ini. Namun semuanya sudah jelas aku yang memilih jalan ini tetap jua aku perlu tempuhinya walaupun onak duri datang bertalu-talu menghentam diriku.
Image
SESUATU yang janggal untuk diberitahu kerana takut akan kebuntuan hidup ini. Desakan darinya telah lama menghantui. Kadang-kadang aku dalam dilema yang tak mampu berbuat apa-apa dan aku biarkan perkara ini terus bermain di benakku seakan-akan telah bersefahaman dengan diriku. Meskipun aku sudah perah sehabis mungkin akan mindaku namun tetap juga aku gagal menilai baik dan buruk. Walau bagaimanapun, aku terlihat gah dalam dunia nyata, lengkap semuanya. Walhal ada perkara yang tak mampu diungkapkan dengan kata walaupun sudah berulang kali berkata.
ULASAN MAKALAH Penulisan kali ini berbentuk ulasan dari makalah yang bertajuk The 22 best writing tips ever  https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever . Sebuah penulisan dari seorang penulis yang bernama Melissa Donovan yang diterbitkan pada 30 march 2007. Makalah ini mencanangkan tentang cara-cara memulakan atau lebih dekat lagi dengan tips bagaimana hendak menjadi penulis yang baik. Menulis itu mudah tapi tidak semua boleh menulis dengan baik disebabkan itu muncullah makalah ini untuk menjadi garis panduan agar pembaca dapat menjadi penulis yang baik.  Di dalam makalah ini terdiri daripada 22 tips yang boleh dipraktikkan oleh pemula yang ingin menjadi penulis yang hebat. Antara yang menarik perhatian saya adalah tips nombor satu iaitu do it. write. seperti kita sedia maklum zaman ini ramai yang hanya mampu mengungkapkan kata tapi tiada tindakan walaupun tips nombor satu ini kelihatan ringkas namun jika kita amati tidak akan menjadi penulis ...