RASA
Aku meneliti pandangan si dia. Tiada apa yang perlu diperkatakan. Gigih aku sendiri berusaha memujuk diri untuk bangun dari rasa itu. Katakan tidak padanya. Sungguh aku sudah lama terasa asing dalam diriku sendiri. Cuba dan terus cuba sedar akan kemahuan hidup ini. Gagah itulah aku menggagahi setiap detik yang berlalu. Ingin sahaja aku melontarkan kata ke seluruh pelosok dunia dan mungkin ada yang hanya ambil peduli dengan memberi kata-kata azimat. Namun bagaimana pula dengan diriku yang sebenarnya adakah kau merasainya. Jujur aku sering bicara di segenap ruang dan waktu. Sahabat, guru, keluarga, orang asing mahupun sesiapa yang bergelar manusia di dunia ini. Mungkin menjadi pendengar itu yang terbaik untukmu namun perlu kau perbetulkan rasa yang menyelubungi di setiap kotak minda yang berlegar di fikiranku barangkali mudah untuk kau mentafsir tapi tidak semudah yang kau bayangkan saat rasa itu berlalu pergi pasti suatu saat akan datang kembali. Bukan niat untuk terus bukukan di minda namun perjalanan hidup ini takkan ada yang akan memahami walau sedaya upaya untuk terus mencari kefahaman itu.

Comments
Post a Comment