
SAKA
Suatu ketika dulu aku dikhabarkan tentang salah silah moyangku daripada nenek. Suaranya agak kecil ketika itu kerana sudah tak berdaya untuk melafazkan sesuatu perkataan namun dipaksakan jua agar aku ambil peduli tentangnya. Saka yang aku maksudkan telah diberi nama bangkit oleh moyangku dulu. Kelebihan saka ini mampu membela diri dari kecelakaan yang menimpa dengan cara memasuki badan dan mengawal badan kita sepenuhnya ketika dalam keadaan yang lemah dan daif. Bunyinya agak aneh tetapi itulah yang membuatkan moyangku berani mengambil saka ini dan memberikan gelaran bangkit.
Comments
Post a Comment