Hasil carian imej untuk gambar-gambar orang kena buli

BULI

Aku pendam begitu lama akan rasa ini. Aku kuburkan saat aku dalam dilema itu. Ya mungkin aku disenangi ramai namun cuitan dari sang pembuli itu amat terkesan dalam diriku. Inilah hidup aku dalam manisnya senyuman terselit seribu duka yang hanya mampu disimpan jauh dalam lubuk hati. Tertawa dan ditertawakan itu sudah menjadi santapan jiwa setiap hari. Ingin sahaja hati meluahkan namun tak terluah dek kerana tidak mahu keadaan jadi huru hara.


Comments