ULASAN MAKALAH
Penulisan kali ini berbentuk ulasan dari makalah yang bertajuk The 22 best writing tips ever https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever. Sebuah penulisan dari seorang penulis yang bernama Melissa Donovan yang diterbitkan pada 30 march 2007. Makalah ini mencanangkan tentang cara-cara memulakan atau lebih dekat lagi dengan tips bagaimana hendak menjadi penulis yang baik. Menulis itu mudah tapi tidak semua boleh menulis dengan baik disebabkan itu muncullah makalah ini untuk menjadi garis panduan agar pembaca dapat menjadi penulis yang baik. Di dalam makalah ini terdiri daripada 22 tips yang boleh dipraktikkan oleh pemula yang ingin menjadi penulis yang hebat. Antara yang menarik perhatian saya adalah tips nombor satu iaitu do it. write. seperti kita sedia maklum zaman ini ramai yang hanya mampu mengungkapkan kata tapi tiada tindakan walaupun tips nombor satu ini kelihatan ringkas namun jika kita amati tidak akan menjadi penulis seseorang itu jika dia tidak memulakan sesuatu penulisan. Seterusnya, tips nombor dua berbunyi Read as much and as often as you can. remember, every writer is a reader first. Menjadi seorang penulis bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak penuh ilmu di dada namun jika seseorang minat akan membaca maka penulisannya akan menjadi hebat kerana ilmu yang diperolehi dari pembacaan itulah yang membuatkan seseorang boleh merajah penulisan yang baik. Selain itu, Tips yang menarik perhatian saya seterusnya adalah write every single day. Penulis harus bersifat objektif kerana untuk menjadi penulis yang baik mereka perlu pratikkan setiap hari agar penulisannya bertambah baik dan dapat diperbaiki sedikit demi sedikit. Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan tips yang lain namun tips yang lain turut berkesan jika kita hadam dan amalkan setiap hari. Tips yang dikarang dalam makalah ini amatlah berguna kepada seseorang yang ingin menjadi seorang penulis. Oleh itu, pendorong juga perlu ada untuk menggerakkan kerja. Pendek kata, walau sehebat manapun kata dan rujukan dalam garis panduan namun jika tiada pendorong dan minat perkara itu tetap menjadi sia-sia.
Comments
Post a Comment