
SESUATU yang janggal untuk diberitahu kerana takut akan kebuntuan hidup ini. Desakan darinya telah lama menghantui. Kadang-kadang aku dalam dilema yang tak mampu berbuat apa-apa dan aku biarkan perkara ini terus bermain di benakku seakan-akan telah bersefahaman dengan diriku. Meskipun aku sudah perah sehabis mungkin akan mindaku namun tetap juga aku gagal menilai baik dan buruk. Walau bagaimanapun, aku terlihat gah dalam dunia nyata, lengkap semuanya. Walhal ada perkara yang tak mampu diungkapkan dengan kata walaupun sudah berulang kali berkata.
Comments
Post a Comment